Wednesday 20 July 2016

Promosi promosi!

Sempena cuti sekolah bulan September ni, kami buat PROMOSI HEBAT untuk anda!

Tempah sekarang dan menginap dengan harga RM 300/ night.

Apa tunggu lagi tu? Jom book Duckling Homestay Port Dickson.

CALL NOW @ WHATSAPP

Nor.  013-356 9925
Aidi. 012-846 4749

Wednesday 15 June 2016

Cuti-Cuti Port Dickson

Port Dickson..

Terkenal sebagai pusat peranginan dengan pelbagai tempat menarik. Yang paling best tentulah pantai- pantai di sini. Pengunjung memilih Port Dickson sebagai salah satu tempat untuk menenangkan fikiran dan bercuti membawa keluarga mandi manda. Banyak lagi tempat-tempat menarik seperti Rumah Terbalik, Muzium Tentera Darat dan Ostrich Farm.

Jom jadikan percutian anda lebih menarik dengan menginap di Duckling Homestay
Rumah teres satu tingkat dengan empat bilik dan dua bilik air ini berada di kawasan kejiranan yang selamat dan menenangkan. 

Selain hampir  dengan beberapa tempat menarik seperti Ostrich Farm dan Rumah Terbalik PD, ia juga berdekatan dengan Politeknik Port Dickson menjadikan homestay ini tumpuan utama semasa musim konvokesyen dan sesi pendaftaran pelajar baru di politeknik.

Porch yang boleh memuatkan tiga buah kereta. Luas kan.. Bolehlah konvoi beramai-ramai nanti. Rumah ni boleh memuatkan 10-15 orang. Rumah memang lengkap dengan grill. InshaAllah keselamatan terjamin. Guard pun ada jaga kawasan taman. 



Melangkah masuk ke ruang tamu, ada sofa L-shape, satu meja kopi dan TV dengan siaran NJOI. Takdela bosan je nanti kan. Ruang tamu agak luas sesuai untuk santai-santai dan borak-borak dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Dinding ruang tamu ada dilengkapkan dengan cermin.  Selain untuk bagi nampak ruang lagi luas, anak-anak dara mak dara pak dara  nak bersiap pun senang. Tak payah berebut cermin dalam bilik. 

Ni pulak bilik tidur utama. Semua lengkap satu set. Katil queen, ada aircond, kipas siling  dan bilik air.


Bilik tidur kedua pun ada katil queen, aircond dan kipas siling. Cuma takde bilik air. Almari besar dan meja solek digabungkan sekali.




Bilik ketiga dilengkapi dengan kipas siling sahaja dan satu katil queen.


Satu katil single di bilik hujung. 


Dekat dapur ada satu lagi bilik air. Jadi tak perlu berebut-rebut bilik air.
Ruang dapur ada meja makan untuk enam orang, peti sejuk, pemanas air, oven@toaster dan  dapur gas mini.


Tuala disediakan di setiap bilik. Sejadah, seterika dan papan penggosok turut disediakan. 

Ok dah check kawasan rumah kan.. Jom tengok pulak jarak homestay dengan tempat-tempat menarik di PD.

  • Ladang Ostrich dan Extreme PD Buggy Park Track (2min)
  • Politeknik Port Dickson (5 minit)
  • Rumah Terbalik Port Dickson (5 minit)
  • Pantai Batu 8 Teluk Kemang (6 minit)
  • Rumah Api Tanjung Tuan (10 minit)
  • Muzium Tentera Darat (15 minit)
  • Pasaraya mini/ Dobi/ restoran (5 minit)


Kalau nak ke Ladang Ostrich dan Extreme PD Buggy Park Track tu, jalan kaki pun boleh. Sangat-sangat dekat. Kalau semua dah OK, tempah lah sekarang. Memang berbaloi.


Kadar sewaan
Weekend, Cuti Sekolah, Cuti Am: RM 400/malam
Weekdays : RM 350/malam
Deposit RM 100 untuk tempahan

Check in : 2 pm

Check out : 12.30 pm

Call atau whatsapp

Aidi : 012- 846 4749
Nor : 013-356 9925


Kami tunggu panggilan anda....